UMAT ISLAM AL-WAHN TEWAS HANYA DENGAN 'KERTAS' CIPTAAN KUFFAR


Lemahnya umat Islam hari ini adalah kerana meninggalkan petunjuk ALLAH dan Rasul serta membiarkan diri mengikut telunjuk musuh2 Islam.. Telah berlaku lama sejak jatuhnya Khilafah Uthmaniyah hingga ke saat ini..

Musuh-musuh Islam hanya bermodalkan 'kertas-kertas' untuk memperhambakan umat Islam dan seluruh dunia.. Apakah 'kertas-kertas' itu ?


- 'Kertas' perjanjian kemerdekaan bersyarat di mana negara yang dimerdekakan wajib mengangkat dan mengamalkan sistem pemerintahan dan undang-undang Kuffar

- Matawang 'kertas' yang wajib digunapakai bersandarkan matawang Dollar Amerika oleh setiap negara moden sekular

- 'Kertas' undi yang menjadi penentu siapa yang berhak memerintah setiap negara moden sekular


Sedar dan bangkitlah MUSLIM! Kita bukannya dikalahkan oleh peluru, busur panah dan mata pedang, tapi hanya dengan kepingan-kepingan 'kertas' yang dicipta oleh musuh-musuh kita. Betapa lemahnya kita hari ini.. Lebih hina lagi kerana kita telah mengangkat 'kertas-kertas' itu lebih tinggi dari martabat perintah dan hak ALLAH SWT..

Mengapa kita tunduk melutut kepada 'Kertas' perjanjian kemerdekaan bersyarat ? Sedangkan kita wajib beriman dan beramal dengan helaian Al Quran dan lembaran Al Hadis yang dikurniakan dari ALLAH melalui RasulNYA

Mengapa kita sibuk mengejar dan mengumpul wang 'kertas' yang tiada apa-apa nilai ? Sedangkan matawang Sunnah yang digunakan oleh Rasul SAW adalah Dinar Emas dan Dirham Perak yang merupakan logam yang sangat berharga dan bernilai

Mengapa kita jadikan 'kertas' undi sebagai syarat untuk memilih dan mengangkat pemimpin yang layak mentadbir bumi Tuhan ini ? Sedangkan Islam mengajar kita supaya mengangkat pemimpin berdasarkan keimanan kepada ALLAH dan Rasul ?

Apakah 'kertas-kertas' itu lebih tinggi nilai dan darjatnya dari Al Quran, Al Hadis, Dinar Emas, Dirham Perak dan Iman ?

Wahai MUSLIM akhir zaman..!
Sedar dan bangkitlah.. Kita telah lama terpesong dari perintah ALLAH SWT dan ajaran Rasulullah SAW.. Nabi SAW dan Para Sahabat sanggup 'bermati-matian' berperang demi mempertahankan hak dan syariat ALLAH SWT.. Tetapi kita hari ini 'mati-mati' ditipu dan diperdaya oleh musuh-musuh ALLAH SWT..

Betapa malunya kita kepada Rasulullah SAW dan Para Sahabat.. Kerana kita tidak sanggup berperang dan tewas hanya dengan kepingan-kepingan 'kertas' musuh yang tidak berharga itu.. Betapa murahnya kita 'menjual' hak-hak ALLAH SWT dengan 'kertas' ciptaan Yahudi dan Nasrani..

Sumber : http://wyna95nubies.blogspot.com

No comments:

Post a Comment