Dinar manakah yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W pada zaman beliau?


Denarius Solidus (Wang Emas Solid) atau Dinar 999 diperkenal kan oleh Maharaja Konstantine iaitu raja kepada Empayar Byzantin (Rom) pada kurun ke-5 Masihi. Penggunaan wang ini berkembang hasil daripada kemasukan pedagang dan peghijrah ke Teluk Arab dan Laut Merah. Masyarakat Arab Jahiliyah menggunakan wang ini sebagai bahantara dalam perdagangan mereka.

Rasulullah S.A.W. telah meneruskan penggunaan Denarius Solidus ketika menubuhkan kerajaan Islam yang pertama di Madinah dan dipercayai tiada usaha untuk mencetak wang bagi kerajaan yang ditubuhkan walaupun banyak usaha-usaha membangunkan ekonomi umat Islam Madinah ketika itu. Selain memperakui Denarius Solidus kerajaan Byzantine, baginda (s.a.w) juga menggunakan untuk beberapa situasi contohnya:


-Ketika mengahwinkan puterinya Fatimah dengan Ali bin Abi Talib dengan mahar sebanyak 480 Dinar.
-Mewajibkan pembayaran zakat harta berdasarkan kepada wang syiling Denarius dan Drachm(Dirham)
-Aktiviti perdagangan.

Justeru dapat disimpulkan bahawa tidak terdapat wang syiling Islam pada zaman Rasulullah dan baginda memperakui penggunaan wang syiling Rom (Denarius Solidus) dan boleh dijadikan sebagai dalil Taqrir terhadap kesahihan penggunaannya. kad kahwin

Sumber: http://www.pollsb.com/

No comments:

Post a Comment